Wednesday, December 24, 2008

Perbualan Di Terminal Dua: Ina, Aleh dan Gadis Cute(Sayalah tu..hahaha)

“Each day God sends His angels to guide us.
We don't expect to see them with wings,
or with halo flying above their heads.
Instead, they come in disguise
and we call them friends.”


Nov 17-Baru sekarang saya dapat menaip kisah ni sebab baru sekarang jugak saya buat blog. Kureng asam betul masa saya nak create ni friendster’s blog, balik-balik saya disuruh masukkan another username. Cis..macam-macam nama saya buat..Evelyn07270, evelynLoveu, evelynwho?, pari-pari evelyn(- -“)..(nama ni cute apa?! Jangan korang ketawakan saya disitu..), evelyndarikayangan dan bermacam-macam nama yang pelik aka aneh bin sotsot saya reka ni..macam orangnya juga yang suka tulis dan cakap yang bukan-bukan…bikin malu jak..hahaha..
Ok..lupakan kisah saya nak create blog tu..saya saja nak tulis kisah terminal dua ni dalam blog sebab saja-saja..manatau..lepas lima tahun ke, 10 tahun..masa tu dah ada anak lima, bila buka friendster balik, teringat juga kisah lama yang menyayat hati ni..huhuhuu..Dimulakan cerita, pada November 17, cis..memang hari yang sangat menduka citakan!!! Teruk betul kertas exam plurality saya tu. Saya ingat si Mak cik(Tak payeh lah nak sebut namanya..tahu melalak ja dalam kelas) tu bagi 2 set nota ja..Malam Ahad tu, sewaktu aku tengah khusyuk baca nota plurality…Kong Bit Hiaw bawa ‘kabar Gembira’!!!Damn shit!!! Rupa-rupanya ada 4 set nota plurality!!! Hasilnya, saya dapat c+ dalam subjek tu..Bayangkan tak sampai 40 minit pun nak jawab soalan plurality. Peng..peng..main tembak ja tahu..Mak cik tu pulak duduk di kerusi paling belakang dalam DKP 2..Memandangkan saya dan shopia(roommate saya) siap begitu cepat, kami pun naik bas yang sama semasa kami hendak pigi DKP 2..Mungkin Pak Cik bas tu kenal muka kami..huhuu..
“Thank you, uncle”, itu ayat yang selalu ku ungkapkan sewaktu menuruni bas di kg.D. SEpa sangka ini pulak jawapan pak cik tu.
“Sekejap juga habis paper?” aku tersenyum sengih macam kerang busuk.
“Tidak tahu jawablah uncle. Cepatlah habis”, Shopia menjawab..SEpanjang kami menaiki tangga, aku mengomen ja pasal plurality tu. Pastu kami cerita pasal dua penduduk kg.D yang kununnya ada hubungan songsang..haha..Lupa terus pasal kes plurality ni.
Lebih kurang jam 2 petang gitu, Aleh hantar Ina pigi airport. Aku pun ikut sama sebab mahu menyamak. Si Nor pun tumpang sekaki juga. Jadi, mula-mula Aleh hantar Nor di Perhentian Bas dekat Wawasan Plaza. Pastu baru kami bertiga menuju ke Terminal 2, Air Asia Airport.Lebih kurang nak dekat jam 3 petang jugak sampai di Terminal 2. Ina pigi urus bagasi dia tu. Aku pulak duduk-duduk di bangku tengok orang jalan sambil jaga laptop Ina. Aleh pula tidak tahu di mana dia pigi parking kereta. Pastu baru kami duduk sama-sama dan bercerita. Sewaktu kami cerita, muncul lah satu pondan. Tak ingat lah apa saya cakap tapi lebih kurang begini bunyinya..hihihi
Saya: Ui, Ina..kau tengok tu pondan bah..
(Si Ina pun tguk itu pondan)
Saya: Dia tu kan yang kerja di tempat make up.
Ina: Iyah
(Saya dan Ina pun tengok lah cara pondan tu mengatur langkah..UWEk!!!)
Saya: Ish, bikin sakit mata jak. Perut tu sudahlah boroi. Masi lagi mau pakai baju fit. Aleh, kau tengok bah tu pondan.
Aleh: Alalala..teruknya citarasa kamu!!!!
Saya: Apa kau cakap!! Saya punya taste tinggi oh.
Tiba-tiba, sekumpulan pramugari air asia lalu depan kami
Saya: Wah, seksi oh..hehehehe..
Ina: Yang satu tu terkoyak sikit stoking hitamnya.
(Si Aleh diam jak. Ish ish..Mesti ada yang si Aleh fikir tu..hahaha)
Ina: Eh Aleh, kalau kau pigi Kuala Lumpur bagitahu saya. Bolehlah saya tempah awak ikan masin( banyak tu makanan yang si ina sebut. Entah ape benda. pastu dorang cerita pasal tempat-tempat di Kuala Lumpur. Peliknya nama tempat tu. Jadi saya pun tanya lah sama Aleh dimana tempat tu)
Saya: Di mana tu?
Aleh: Kau tidak payah ambil tahu. Bukan kau tahu jugak tu.
Saya: Mau tahu lah. Manatahu suatu hari nanti, saya pigi Kuala Lumpur..tahu juga tempat tu dimana. Aleh, kau kerja balik dah tahun depan kan. Kau spend lah saya tiket pigi KL..hehehehe
Aleh: Mimpilah kau..hahahaha
Ina: Tidak tahu bila lagi kita boleh cerita macam ni kan..Ketawa sama-sama..
Saya: Apalar kau ni. Kita jumpa juga ba nanti..
Ina: Aleh, banyak garis-garis oh di sisi mata kau kan..
Aleh: Tua sudah mah
Saya: Hahaha..mengaku pun tua sudah..
Ina: Bukan pasal tua..Kebiasaannya, lelaki yang banyak garis di mata tu adalah playboy. Atau pun mungkin ada perempuan simpanan lepas kahwin. Siapa lah yang jadi perempuan simpanan kau ni??
Saya: EEe..lelaki miang..eee
Aleh: Si Evelyn..hahhahahah
Saya: Mimpilah kau..mari kita ambil gambar sama-sama..
Saat-saat inilah yang paling sukar sebab si Aleh tu tak suka bergambar. Memang gaya orang tua oh..Tapi akhirnya, kami berjaya juga paksa Aleh ambil gambar..hahaha..Kuasa Wanita!!! Lebih kurang jam 4 petang gitu, Ina pigi ke Balai Pelepasan. Ina balik dah pigi Selangor. Saya dan Aleh pula balik UMS..Bye-bye Ina!!!! Sebenarnya banyak lagi perbualan kami tu..tapi lupa sudah..kakaka..walaubagaimanapun, saya berjanji takkan lupa Ina dan Aleh..itu promise saya walaupun gigi tinggal satu.


“When it rains, you don't see the sun, but it's there. Hope we can be like that. We don't always see each other, but we will always be there for each other.”


No comments:

Post a Comment